
Ketika berlaku kebakaran di Kenya, jangan bersusah payah menghabiskan
waktu untuk memanggil pemadam kebakaran. Kerana anda bakal ditimpa
masalah yang lebih besar.
Menurut laporan sebuah stesen televisyen NTV Kenya, sebuah kawasan
tempat tinggal di daerah Kiambu mengalami kebakaran. Petugas pemadam
kebakaran segera dipanggil. Dan tak lama kemudian, suara siren kenderaan
bomba .
Dengan hadirnya pihak bomba dari Brigade Keystone Kiambu, masyarakat
berharap api dapat segera dipadam dan rumah itu dapat diselamatkan.
Tetapi yang terjadi setelah itu adalah sebaliknya.
Petugas yang datang dengan seragam lengkap itu ternyata tidak membawa
air dalam kenderaannya. Dan lebih teruknya lagi, mereka tiada apa-apa
alat untuk memadam kebakaran dan bertambah malang salah satu alatan di
dalam kenderaan mereka yang tiba-tiba terbakar.
No comments:
Post a Comment