DevilMay Cry yang menghina Islam
Satu
permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh
menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam
apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain
permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan
kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu
sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu
Kaabah.
Elemen
penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan
di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan,
permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar
kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula
memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Hassan Mahmud Al-Hafiz
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafizmenyifatkan
permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam
kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah
Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan
Satu
adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang
menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang
membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan
diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
Dan
karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak
silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat
kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
2) Clive Barker Undying
Permainan
ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya
menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat
nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah
menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu
syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
Perisian
permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi
di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan
beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong
Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera
padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang
awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi
istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran,
yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain
permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu
dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula
pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan
baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai
cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan
seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika
terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan
cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak,
selain menyalahi undang-undang.
3) Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii:
"Sebagai
seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa
gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga
Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh
mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda
boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan
Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Pelik
dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat
sementara sebelum diganti ke suara lain."
Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR)
has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic
phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii.
The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.
The
phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab
phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several
complainants' attention after it appeared in a promotional video for the
game.
A
Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team
working on the game, and the phrase has been removed from the game and
will not be heard in future videos released to the public."
"We
appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the
use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the
company's swift response.
4) Prince Of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"
(Surah Al- Ahzab:71)
Jika
kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka
cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat
disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Di
dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam.
Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar
askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".
6) Stronghold Crusader
Permainan
Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang
musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab
semestinya orang Islam.
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
Tidak
cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian
Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali
ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3
adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah
bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian
dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh
biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan
dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah
syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan
Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari
Yorkshire, England.
Jika
kita tidak teliti, kita tidak menyedari kalimah Allah SWT ini. Sungguh
halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan
mempermainkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana
permainan komputer.
8) Resident Evil 4
Resident
Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan
zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak
presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los
Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut.
Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas?
Kalau nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
Di
harap semua umat islam menjauhkan dari permainan video ini dan
permainan video-video yang lainnya kerana ini boleh melekakan umat
Islam. Ternyata musuh islam cuba memerangi Umat islam dari segenap
sudut.