Monday, 12 March 2012

hilang pen..

hilang pen - tak boleh buat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - fail SPM
fail SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
... takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
#WARNING# - jangan bagi hilang Pen ! ! =.="

♥ BESTFRIEND TILL JANNAH

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.



Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Kamu janji, tunggu aku ya?

- Artikel iluvislam.com

Senyuman

••►Senyuman ringan tak bersuara tapi penuh makna,
••►Senyuman murah tapi tak ternilai dengan ringgit,
••►Senyuman tak perlu tenaga tapi besar motivasinya,
••►Senyuman hal yang mudah tapi selalu nampak indah,
••►Senyuman satu perkara yang biasa tapi boleh menjadi istimewa,
••►Senyuman ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah,

lawak pak haji n harimau

pada suatu hari di bulan puasa, ada
pak haji di kejar kejar oleh harimau
di hutan
pak haji itu lari terus sampai
kecapean, dan udh mentok di
pinggir jurang
harimau tepat di belakangnya,
sambil menggeram kelaparan , dan
bersiap-siap menerkam
Pak haji ketakutan dan menangis
sambil berdoa “SEMOGA SAYA GAK
DIMAKAN,
dakwdalgnvwedklvndfjnkvsl “<
ceritanya komat-kamit BERDOA
tapi dia heran kenapa harimau itu
tak segera menerkam nya, saat pak
haji membuka mata, dia melihat si
harimau sedang duduk di samping
nya
pak haji : kok kamu gak makan
saya?
harimau : nanti pak.
pak haji : loh kenapa? kamu puasa
juga ya kayak saya?
harimau : nggak pak
pak haji: oh oke, trus kenapa kamu
duduk disitu dan berdoa?
harimau : kan kalau mau makan
bedoa dulu pak.

Cerita Huruf 'P'...

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi
Pakngah Pergi Pasar. Paklong
Pesan Pulut Panggang. Parking
Pulak Punyalah Payah. Pakngah
Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi
Payah Parking. Pakngah Pun
Pusing-Pusing Perhati Parking.
Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun
Pening. Penyudahnya Pakngah
Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah
Perlu Penuh. Pakngah Pun
Pergilah Pekena Pasembor.
Pasembor Pulak Punyalah Pedas.
Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh
Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan
Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun
Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas.
Pakngah Pun Pasang Penyejuk.
Pasang Penyejuk Pun Panas.
Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak
Panas. Pakngah Pun Periksa
Penyejuk. Patutlah Panas,
Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun
Pergi Pulangkan Penyejuk Pada
Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah
Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah
Perlukan Peruntukan.

Permohonan Peruntukan Pulak
Punyalah Panjang Prosesnya.
Prosedurnya Pun Payah. Pagi
Petang Pakngah Panjat Pejabat
Pegawai Perikanan. Pakngah Pun
Pedap. Penyudahnya Pakngah
Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya
Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat
Persenlah. Puyu Punya Pasal,
Pedulilah. Projek Pelihara Puyu
Perlukan Pondok. Pakngah Pun
Perbaiki Pondok Pakngah.
Pakngah Paku Papan ... Pung Pang
Pung Pang Pung Pang Pung Pang
Pung Pang Pung Pang Pung Pang
Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah.
Pedulikan Pasal Pengetuk Paku
Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-
Perkara Penting. Pasal Pimpinan
PM, Pasal Pilihanraya, Pasal
Pembangunan, Pasal Perpaduan,
Pasal Pendidikan, Pasal
Perundangan, Pasal Perjalanan
Parlimen, Pasal Perairan, Pasal
Palestin, Pasal Peluang Perniagaan
Pabila Puasa ... Pup .... Pelita
Padam !

Penamat
KakiBlog