Permainan video sekarang telah menjadi satu fenomena dan menjadi
bisnes yang paling menguntungkan.Tetapi terdapat juga negara-negara
tertentu yang telah mengharamkan sesetengah permainan video dengan
alasan ianya mengandungi unsur-unsur kekerasan,perjudian,menghina
agama,menghina kedaulatan sesebuah negara dan juga atas alasan-alasan
yang lain.
Antaranya…………
1.Left 4 dead 2
1.Left 4 dead 2
2.Postal


Postal adalah game yang membawa genre ‘first-person shooter’
menampilkan sejumlah adegan yang mengerikan. Gamer diajak untuk menembak
sejumlah pekerja dan orang-ramai yang dikisahkan sedang ‘mengamuk’ di
sebuah wilayah berlatar belakang Ireland. Digamarkan orang-ramai dan
pemberontak sedang menguruskan penghantaran ubat-ubatan terlarang untuk
keperluan pengganas. Terrorist game ini telah diharamkan di 13 buah
negara termasuk Australia,New Zealand dan Sweden.
3.Call of duty


Telah diharamkan di Arab Saudi, Arab Emirate, Russia dan Cuba. Game
perang seperti Call of Duty ini dianggap telah memesongkan sejarah
kerana lokasi dan waktu yang digunakan dalam tema perang biasanya
diambil ketika zaman peperangan di sesebuah negara. Siri Call of Duty
yang paling menimbulkan kontroversi adalah Modern Warfare 2 dan Black
Ops.Dala pada itu kedua-dua siri game tersebut telah mengaut keuntungan
yang besar kerana ianya amat laris dipasaran.
4.Grand Theft Auto

Game mini hot coffee pada GTA San Andreas
Game ini diharamkan di Australia dan Amerika Syarikat kerana telah
menimbulkan banyak kontroversi. Meskipun game ini cukup canggih kerana
dengan menggunakan perspektif google maps,tetapi tema dari game ini
dianggap menggalakkan jenayah perompakan,seks,kekerasan dan pengambilan
dadah. Bahkan dalam seri gta: San andreas,game ini memaparkan sebuah
game mini yang bertajuk hot coffee. Dalam game mini itu terdapat adegan
dua watak game yang sedang melakukan hubungan seksual.
5.Bully (canis canem)


Telah diharamkan di Brazil, Britain dan Amerika Syarikat. Game ini
dianggap mengajak dan menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk membuat
khianat di sekolah dan dikhuatiri akan merosakkan moral generasi muda.
6.Manhunt

Pada tahun 2008 Manhunt 2 telah diharamkan untuk edaran kerana kandungan ‘Sadisme’ melampau yang ditampilkannya.Rockstar selaku pengeluar video game ini telah sempat membuat suntingan untuk versi yang lebih bersih, namun ianya tetap dilarang untuk edaran.Sebelum itu pada tahun 2004, Manhunt pertama telah menjadi berita utama akhbar-akhbar barat berikutan kematian seorang pelajar berusia 14 tahun akibat ditikam dan dipukul di Leicester,England.Ibubapa mangsa pembunuhan itu amat yakin pembunuh anaknya itu memperoleh idea untuk membunuh dari game tersebut.Walau pun tanpa bukti yang kukuh game tersebut telah menjadi punca dalam pembunuhan tersebut.Video game ini telah diharamkan di tujuh buah negara Jerman,British dan Ireland.
7.Mortal kombat

Brazil dan Jerman melarang pengedaran game ini,game pertarungan ini
terlalu banyak memaparkan pertumpahan darah yang keterlaluan. Sejak
tahun 1992 siri mortal kombat ini telah menimbulkan pelbagai
kontroversi. Bahkan entertainment software rating board (esrb) akhirnya
mewajibkan semua permainan video untuk dinilai dan diberi label
peringatan.
8.Football manager 2005

Game bertema bolasepak ini telah diharamkan di China pada 2005 kerana
didakwa telah mencemarkan kedaulatan Negara China kerana kandungan game
ini telah menamakan Tibet dan Taiwan sebagai negara-negara yang
terpisah dari China.
9.Carmageddon


Pada tahun 1997, Carmageddon telah dinilai sebagai game yang boleh
memesongkan pemikiran orang-ramai kerana banyak memaparkan gambar-gambar
kekerasan yang keterlaluan. Fantasi-fantasi kekerasan yang dipaparkan
membuatkan game ini diharamkan di Brazil, Jerman dan Britain.
10.Pokemon

Siri game Pokemon ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana permainan
kad ini dianggap telah mempromosikan aktiviti perjudian.Pada tahun 2001
juga semua produk dari franchise Pokemon juga diharamkan kerana
kandungannya yang mengandungi unsur-unsur zionisme dan intoleransi
agama-agama lain. Game tersebut juga dikatakan memaparkan lambang salib
dan “The star of David”iaitu lambang bagi negara Israel. Ish2….. memang
dieorang ni saje je kan…
No comments:
Post a Comment