Untuk
mengetahui seseorang perempuan / lelaki itu menyukai seseorang amatlah
banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum.
Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata
di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada
anda, itu bermakna dia merasakan anda seorang yang menarik dan ingin
menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.
3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan
jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi
merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda
seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga
mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling
tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah
..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda
cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat
anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu.
Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit
kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah
perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan
senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.
7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.
8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar
dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau mungkin bertanya
tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk
mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda.
Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak
suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak
tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata
lain, dia ialah seorang 'stalker'!
.
10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda.
Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika
anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau
sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk
satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
No comments:
Post a Comment