
Rata
-rata wanita di Malaysia mempercayai merokok boleh mengawal selera
makan.Oleh yang demikian mereka boleh mengurangkan pengambilan makanan
dan sekaligus mengawal berat badan.Dengan menganggap demikianlah maka
bilangan perokok wanita di negara kita meningkat 100% pada 2003
berbanding 1996.
Ada
juga menganggap dengan merokok mereka meletakkan mereka setaraf dengan
kaum lelaki.Jika wanita boleh melakukan sesuatu yang lelaki boleh
lakukan merupakan satu kebanggaan.Sebenarnya merokok bukan sahaja
membahayakan kesihatan tetapi merosakkan struktur kulit.
Menurut
kajian perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk di jangkiti
oleh kanser paru-paru ,penyakit jantung serta barah payu dara berbanding
dengan mereka yang telah berhenti atau tidak menghisap rokok.
Wanita yang merokok juga mengalami masalah dalam kehamilan kerana mereka lebih s\cenderung memiliki telur yang rosak.
Tabiat merokok sebenarnya tidak baik kepada semua baik lelaki atau wanita.
No comments:
Post a Comment