Workaholic-
Bagi lelaki yang menjadikan pekerjaan adalah keutamaan di dalam
kehidupan, mereka pasti akan menganggap hubungan adalah halangan kerana
perlu memperuntukkan masa atau tenaga terhadap pasangan. Berkemungkinan
juga mereka telah menetapkan bahawa tujuan bekerja adalah untuk mereka
sendiri. Selain daripada itu, ada sesetengah lelaki juga telah
menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai didalam kehidupan
mereka. Soal hubungan, mereka akan ketepikan untuk sementara kerana
ingin memberi seratus peratus fokus mengejar matlamat yang diimpikan.
Ini yang membuatkan mereka untuk memilih kehidupan bersendirian buat
sementara waktu.
Kaki party-
Pada kebiasaannya, lelaki yang suka untuk berfoya-foya lebih gemar
untuk single berbanding mempunyai hubungan. Ini adalah untuk mengelakkan
mereka daripada terikat dengan mana-mana wanita. Berkemungkinan juga
mereka telah menetapkan satu peringkat umur untuk mereka menjalinkan
hubungan yang betul-betul serius. Sebelum sampai ke peringkat umur yang
telah ditetapkan, mereka lebih gembira untuk menghabiskan masa bersama
rakan-rakan sebelum memberi komitmen terhadap perhubungan.
Lelaki yang pemalu-
Seorang lelaki yang pemalu juga akan sukar untuk mendapat pasangan.
Ini adalah kerana untuk mengenali seseorang wanita perlu dimulakan
dengan perbualan. Sekiranya seseorang lelaki takut untuk berbual dengan
wanita, agak mustahil untuk mereka mengenali wanita itu dengan lebih
rapat. Lelaki seharusnya lebih yakin untuk berbual dengan wanita. Jika
sikap malu ini terus membelenggu diri, pasti lelaki ini akan terus
single. Anda perlu bijak untuk mengeluarkan diri daripada sifat malu
ini. Sifat malu juga adalah penting untuk menilai adab atau tingkahlaku
seseorang, tetapi ia haruslah bertempat dan sesuai dengan keadaan.
Terlalu memilih-
Adakah keutamaan sesuatu hubungan itu untuk mencari kesempurnaan atau
saling melengkapi kelemahan masing-masing? Ia terpulang terhadap
individu untuk membuat pilihan. Tetapi perlu diingatkan, untuk mencari
sesuatu kesempurnaan itu adalah agak mustahil. Lelaki yang telah
menetapkan terlalu banyak kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh
seseorang wanita sebelum menjadi pasangan mereka agak sukar untuk
mendapat pasangan. Ini adalah kerana mereka sendiri telah meletakkan
terlalu banyak halangan untuk seseorang menjadi pasangan mereka.
Selesa dengan kehidupan sendirian-
Ada juga sesetengah lelaki yang sengaja tidak mahu untuk mencari
pasangan. Ini adalah kerana mereka berasa selesa terhadap kehidupan yang
mereka lalui sekarang. Mungkin juga mereka hendak menikmati kehidupan
secara bersendirian dahulu sebelum mereka berkongsi hidup bersama
pasangan. Pada kebiasaannya lelaki seperti ini bijak untuk memilih
pasangan yang mereka rasakan sesuai untuk mereka kerana mereka tidak
gelojoh dalam memilih pasangan.
No comments:
Post a Comment