Ibu Segala Gambar Dalam Internet!
Apa yang anda lihat di bawah ialah gambar
pertama yang dimuat naik ke internet. Tanggal 18 Julai yang akan datang
ialah ulang tahun ke 20 gambar ini menjadi imej yang pertama yang boleh
dilihat oleh pengguna internet. Ia gambar sebuah kumpulann nyanyian
wanita yang diberi nama Les Horribles Cornettes. Kumpulan muzik ini
terdiri dari pekerja dan aweks pekerja di makmal terkenal CERN
(Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire). Jika pengetahuan
sejarah anda agak lemah, Internet dicipta oleh Sir Tim Berners-Lee di
CERN. CERN juga menjadi lokasi terletaknya Large Hadron Collider yang
baru-baru ini mengumumkan penemuan "Partikel Tuhan" Higgs's Boson.
Les Horrible Photoshoppes?
Kembali ke cerita gambar pertama di
Internet. Gambar kumpulan nyanyian wanita ini diambil olehSilvano de
Gennaro seorang pembangun IT di CERN yang juga merangkap pengurus
kumpulan Les Horribles COrnettes. Gambar diambil menggunakan kamera
Canon EOS 650 yang kemudian diedit menggunakan Photoshop untuk digunakan
sebagai muka hadapan CD pertama kumpulan Cornettes.
Gambar - Silvano de Gennaro dan OES650
Jadi mengapakah gambar ini dipilih menjadi
gambar pertama dimuat naik ke Internet? Tak ada gambar lagi senonohkah?
Jawapannya ialah Sir Tim Berners-Lee ialah salah seorang peminat
kumpulan Les Horribles Cornettes. Gambar ini dipilih oleh Bapa Internet
secara rawak oleh beliau and the rest is history!
No comments:
Post a Comment