
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna
yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang
berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana
menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi
doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya
kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat
benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran
darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna
merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan
menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu
penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
No comments:
Post a Comment