1.
Semasa Adnan lihat motornya yang terseret di atas jalan, sweaternya
yang berada di atas bahu berubah berada di lengan selepas bertukar syot
secara tiba tiba.
2. Dari depan, kedudukan telur melintang, dari belakang telur tersebut berada dalam keadaan berbaris.
3.
Semasa Wawa pecahkan telur ayam di dahi Bobby, hanya serpihan telur
melekat di dahi. Tukar syot saja, terus ada kulit telur melekat di
tengah dahi Bobby secara tiba tiba.
4.
Korang akan perasan yang semasa awal babak Adnan blajar English dengan
Bobby, tiga botol sos dilindungi dua timbunan polistrin di hadapan.
Tetapi semasa Bobby rampas buku dari awek cun yang beli burger, korang
akan perasan yang ada kedudukan polistrin hanya menutup dua botol sos
sahaja pula.
5. Tangan Wawa yang berada di bawah tali tiba tiba saja berada di atas sedikit semasa dia menolak Bobby yang sedang merayu.
6.
Malah perasan atau tidak, bayang bayang hitam tiba tiba muncul semasa
Wawa tepis Bobby dan datang ke depan kamera. Menunjukkan jarak masa
adegan ini yang dilakukan dalam dua jangka masa yang agak lama.
7.
Semasa motor perempuan ni jatuh, keadaan motor rebah sepenuhnya. Semasa
perempuan tu dekati motornya, korang akan perasan keadaan motor yang
rebah pula disokong oleh tempat letak kaki secara tiba tiba tanpa ada
siapa pun angkat motor tu sebelum perempuan tu dekat dengan motor.
8.
Korang akan perasan yang pelakon extra ni (perhatikan lelaki yang pakai
kemeja putih dan beg merah), yang menjadi orang ramai dalam shopping
complex ni orang yang sama saja walaupun tiap tiap pusingan Adnan buat.
Nampak sangat orang ramai tu tak ada arah. Ha3. Maklumlah, kedai kedai
semua dah tutup.
9.
Semasa motor Adnan jatuh ke bawah, tangga tak pecah pun. Tukar syot
saja, tangga telah pecah. Menunjukkan syot tersebut dibuat beberapa kali.
10.
Semasa Adnan sedar ada sekatan jalan di depan, dia berhenti jauh di
belakang dan biarkan Bobby. Semasa Bobby masuk dalam truck, Adnan terus
berada dekat dengan kon polis tiba tiba.
11.
Semasa Adnan cakap pasal golf, tangan Nadia yang pegang air berada
hampir atas meja, dalam posisi teragak agak nak letak atas meja. Syot
seterusnya, tangan Nadia tersebut berada dekat pula dengan mulut secara
tiba tiba.
12.
Semasa bapa Nadia mendengar pasal Adnan main golf pakai kayu hoki,
gelasnya berada di tangannya dan dekat dengan mulut. Namun, tukar je
syot, tiba tiba korang akan perasan yang gelas bapa Nadia berada di atas
meja secara tiba tiba saja.
No comments:
Post a Comment