Friday, 28 December 2012

18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

Tanda-Tanda Girlfriend Curang Anda

Tak kira sama ada anda sudah berkahwin atau masih dalam hubungan sebagai kekasih. Memang sukar untuk kita mempercayai apabila pasangan berlaku curang dibelakang kita, tak setia dan lebih menyakitkan bila kita sendiri nampak depan mata curang kepada anda. Mungkin tip2 ini dapat menolong anda.
Melarikan diri
Jika sebelum ini GF anda seorang yang penyayang, manja, suka dibelai tetapi sekarang nak didekati pun anda sudah kena marah, kerap bergaduh walaupun hal yang kecil. Tak mahu lagi meluangkan masa untuk anda, ini petanda besar yang hubungan anda memang jelas bermasalah.

Tiada masa untuk anda
GF anda rasa gelisah bila anda cuba bertanya tentang perubahan dalam hubungan anda. Bila ditanya tentang perangai dia,GF anda marah dan tak nak mengaku. Nampak sangat kan?

Kawan baru
GF anda ada kawan lelaki baru. Kalau sebelum ini sesiapa sahaja kawan dia mesti si dia memberitahu anda. Tetapi sekarang tidak lagi.

Cari gaduh
Kalau anda dan si dia asyik bergaduh dan si dia pula sentiasa nak menang walaupun dalam perkara-perkara yang kecil yang sebelum ini tidak penting untuk diungkit. Usually cheaters feel less guilty about their betrayal when they feel it's justified.

Anda tidak penting dalam hidup si dia
Bila GF sudah tak meluangkan masa lagi untuk anda, ia adalah tanda hubungan anda akan tamat tak lama lagi. Mungkin si dia sudah berjumpa orang baru dalam hidupnya.

GF tak mahu meluangkan masa untuk family dan rakan anda
Biasanya jika hubungan seseorang itu di peringkat yg serius ( nk btunang/bkahwin ) masa yang ada banyak dihabiskan untuk bakal family @ kawan-kawan yang rapat. Jika dia tak mahu lagi meletakkan diri dalam usaha untuk melihat orang-orang penting dalam kehidupan anda, mungkin dia sedang cuba utk menarik diri daripada hubungan anda.

Si dia berpakaian serba cantik tetapi tidak keluar dengan anda
Jangan terkejut jika si dia berpakaian berbeza dari dia keluar dengan anda sebelum ini. Ini mungkin tanda yang si dia nak tarik perhatian orang baru dalam hidupnya.

Tidak pernah memberitahu mengenai perancangan dirinya
Pasangan yang open-minded selalunya mereka akan bercerita hari-hari mereka untuk berkongsi jadual mereka. Tetapi jika dia enggan bercakap mengenai jadual dia, ini bermakna mungkin dia tak mahu anda tahu jadualnya.

Menyembunyikan telefon
Baik GF@BF jika masing-masing sentiasa menghantar mesej selain anda tanpa membiarkan anda dekat dengan telefonnya ataupun bergayut pada tengah malam dari nombor-nombor yang tak diketahui tanpa pengetahuan anda. Ini mungkin dia sedang cuba menyembunyikan seseorang daripada anda.

Jalan Raya Yang Pelik Dan Unik

Jalan raya dibina bagi memudahkan kenderaan untuk melalui tempat-tempat yang sentiasa dilewati oleh penduduk di seluruh dunia. Namun tidak semua jalan dibina sama dengan yang kita pernah lihat, mungkin ianya dibina berlainan atas sebab yang lain. Kali ini, ayuh kita sama-sama lihat gambar jalan raya yang di ambil dari beberapa tempat di dunia ini yang sememangnya akan membuat anda terkejut.













Trend Poster Yang Sama Untuk Hampir Semua Filem Hollywood (10 Gambar)

Trend Poster Yang Sama Untuk Hampir Semua Filem Hollywood.

#Mother of Movie poster!







Ciri – Ciri 8G Pada Lelaki Yang Dibenci Wanita


1. Garang
garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.



2. Ganas
kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.



3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.



4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.



5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.



6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.



7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.



8. Gatal

(miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.
KakiBlog