Friday, 20 April 2012

Awek Paling Cantik di China!Kalah Awek Jepun/Korea!!



Nama sebenar wanita ini wang jia yun, dia menetap di shenzen china. Dia menyebarkan gambarnya di internet dan membuat banyak orang bertanya-tanya apakah dia seorang gadis atau hanya sebuah boneka cantik.

Chia-Yun telah menjadi perhatian utama di Korea Selatan dengan kedudukan carian teratas, kerana dia telah meletakkan gambar-gambar yang indah di blog nya, dan ia digambarkan sebagai “boneka impian” bagi kaum lelaki.

Setelah gambar-gambar Wang Jiayun tersebar di internet, namanya menjadi sebutan ramai bahkan namanya mendahului pencarian teratas di pelbagai portal web utama Korea pada tarikh 16 dan 17 februari 2011. Pada pada tarikh 17, jumlah kunjungan ke Web blog Wang Jiayun sudah menjangkau 3.5 juta.

Sebahagian besar gambarnya tersebar liar melalui Internet di mana ia mencapai forum dan laman web dengan peringkat teratas / tertinggi di seluruh China, Taiwan dan Hong Kong khususnya di Korea dan dia terus di gelar sebagai boneka live action blow-up.

Dengan mata bulat besar, wajah oval yang tajam, dagu runcing, tubuh seksi dan ramping kurus kaki panjang, kulit putih bersih mengingatkan saya pada tokoh Yuna di Final Fantasy watak permainan yang diminati setiap lelaki.










Jambatan Gantung Tertinggi dan Terpanjang Milik China


Jambatan gantung Aizhai di China kini dibuka secara rasminya 31 Mac lalu.
Jambatan gantung dengan ketinggian 3,858 kaki dan sejauh 355 meter tersebut menghubungkan dua bandar - Chongqing Municipality dengan bandar Changsha.
Jika dahulunya perjalanan antara dua bandar tersebut memakan masa beberapa hari, kini dengan adanya jambatan gantung Aizhai, masa perjalanan hanya 8 jam sahaja.




Allah Maha Kuasa: Bunga Tumbuh di Paip Besi


Seorang lelaki China dilaporkan menemukan  bunga tumbuh di sebatang paip besi di kebun sayur-sayurannya.  Ding mengatakan kepada Sohu News : “Aku sedang membersihkan paip besi, lalu tanpa sengaja tanganku menyentuh sesuatu yang lembut.”
Ding mengatakan bahawa ia sangat terkejut menyaksikan sejumput bunga putih tumbuh di permukaan besi yang halus. “Batang bunganya lebih halus daripada rambut manusia. Semuanya ada 38 bunga putih.” Katanya. Setiap bunga memiliki diameter sekitar 1mm.
Bukan hanya tumbuh, bunga-bunga tersebut menunjukkan tanda-tanda kehidupan lainnya. Pada pagi hari, kelopak bunganya  kembang lalu menutup pada siang hari ketika cahaya matahari menjadi lebih terik.
“Tidak ada tanah, tidak ada air, bunga ini mungkin boleh membawa keberuntungan bagiku,” Kata Ding.
Para tetangga  Ding percaya bahawa bunga-bunga tersebut adalah bunga legenda Youtan Poluo yang berkembang sekali setiap 3.000 tahun.
Read more: http://www.borakkosong.com/2011/05/ajaibbunga-tumbuh-di-paip-besi.html#ixzz1sCylohau

Antara Sekolah Termahal Di Dunia


Jangan salah, ini bukan mall, hotel atau tempat sejenisnya di mana orang bersenang-senang, tapi ini adalah bangunan sekolah, tempat orang belajar, menimba ilmu. Ørestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan berbagai fasiliti kelas satu.
Sekolah ini dirancang senyaman mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksima. Kalangan akademk Denmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para siswa. Bangunan sekolah dirancang sedemikian rupa untuk memaksimakan masuknya sinar matahari sebagai sumber penerangan.
Tidak seperti umumnya sekolah yANg serba terkotak-kotak, maka rekaan bahagian dalam j dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain koneksi internet di setiap tempat, setiap siswa juga mendapat laptop . Juga ada bantal orange multi fungsi yang boleh dipakai untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.
Tak hairan desain unik sekolah ini berhasil mendapat pengakuan internasional melalui beberapa penghargaan.
Melihat semua yang ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan tidak berprestasi , kan?

Subhanallah!! Budak Perempuan Ini Menyerupai Anak Patung…



KEPULAUAN SHEPPEY – Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.
Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.
“Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal,” kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.
“Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain,” tambahnya. – Agensi
KakiBlog