Thursday, 5 April 2012

10 Permainan Video Yang Telah Diharamkan

Permainan video sekarang telah menjadi satu fenomena dan menjadi bisnes yang paling menguntungkan.Tetapi terdapat juga negara-negara tertentu yang telah mengharamkan sesetengah permainan video dengan alasan ianya mengandungi unsur-unsur kekerasan,perjudian,menghina agama,menghina kedaulatan sesebuah negara dan juga atas alasan-alasan yang lain.
Antaranya…………
1.Left 4 dead 2
Kerajaan Australia dan Jerman telah mengharamkan game ini kerana tidak memberikan label peringatan agar game tersebut hanya dimainkan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas. Gambar-gambar yang dipaparkan seringkali berkaitan dengan zombie,kecederaan akibat ditikam,kesan luka yang mengerikan dan mayat-mayat bergelimpangan.
2.Postal
Postal adalah game yang membawa genre ‘first-person shooter’ menampilkan sejumlah adegan yang mengerikan. Gamer diajak untuk menembak sejumlah pekerja dan orang-ramai yang dikisahkan sedang ‘mengamuk’ di sebuah wilayah berlatar belakang Ireland. Digamarkan orang-ramai dan pemberontak sedang menguruskan penghantaran ubat-ubatan terlarang untuk keperluan pengganas. Terrorist game ini telah diharamkan di 13 buah negara termasuk Australia,New Zealand dan Sweden.
3.Call of duty
Telah diharamkan di Arab Saudi, Arab Emirate, Russia dan Cuba. Game perang seperti Call of Duty ini dianggap telah memesongkan sejarah kerana lokasi dan waktu yang digunakan dalam tema perang biasanya diambil ketika zaman peperangan di sesebuah negara. Siri Call of Duty yang paling menimbulkan kontroversi adalah Modern Warfare 2 dan Black Ops.Dala pada itu kedua-dua siri game tersebut telah mengaut keuntungan yang besar kerana ianya amat laris dipasaran.
4.Grand Theft Auto
Game mini hot coffee pada GTA San Andreas
Game ini diharamkan di Australia dan Amerika Syarikat kerana telah menimbulkan banyak kontroversi. Meskipun game ini cukup canggih kerana dengan menggunakan perspektif google maps,tetapi tema dari game ini dianggap menggalakkan jenayah perompakan,seks,kekerasan dan pengambilan dadah. Bahkan dalam seri gta: San andreas,game ini memaparkan sebuah game mini yang bertajuk hot coffee. Dalam game mini itu terdapat adegan dua watak game yang sedang melakukan hubungan seksual.
5.Bully (canis canem)
Telah diharamkan di Brazil, Britain dan Amerika Syarikat. Game ini dianggap mengajak dan menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk membuat khianat di sekolah dan dikhuatiri akan merosakkan moral generasi muda.
6.Manhunt

Pada tahun 2008 Manhunt 2 telah diharamkan untuk edaran kerana kandungan ‘Sadisme’ melampau yang ditampilkannya.Rockstar selaku pengeluar video game ini telah sempat membuat suntingan untuk versi yang lebih bersih, namun ianya tetap dilarang untuk edaran.Sebelum itu pada tahun 2004, Manhunt pertama telah menjadi berita utama akhbar-akhbar barat berikutan kematian seorang pelajar berusia 14 tahun akibat ditikam dan dipukul di Leicester,England.Ibubapa mangsa pembunuhan itu amat yakin pembunuh anaknya itu memperoleh idea untuk membunuh dari game tersebut.Walau pun tanpa bukti yang kukuh game tersebut telah menjadi punca dalam pembunuhan tersebut.Video game ini telah diharamkan di tujuh buah negara Jerman,British dan Ireland.
7.Mortal kombat
Brazil dan Jerman melarang pengedaran game ini,game pertarungan ini terlalu banyak memaparkan pertumpahan darah yang keterlaluan. Sejak tahun 1992 siri mortal kombat ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi. Bahkan entertainment software rating board (esrb) akhirnya mewajibkan semua permainan video untuk dinilai dan diberi label peringatan.
8.Football manager 2005
Game bertema bolasepak ini telah diharamkan di China pada 2005 kerana didakwa telah mencemarkan kedaulatan Negara China kerana kandungan game ini telah menamakan Tibet dan Taiwan sebagai negara-negara yang terpisah dari China.
9.Carmageddon
Pada tahun 1997, Carmageddon telah dinilai sebagai game yang boleh memesongkan pemikiran orang-ramai kerana banyak memaparkan gambar-gambar kekerasan yang keterlaluan. Fantasi-fantasi kekerasan yang dipaparkan membuatkan game ini diharamkan di Brazil, Jerman dan Britain.
10.Pokemon
Siri game Pokemon ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana permainan kad ini dianggap telah mempromosikan aktiviti perjudian.Pada tahun 2001 juga semua produk dari franchise Pokemon juga diharamkan kerana kandungannya yang mengandungi unsur-unsur zionisme dan intoleransi agama-agama lain. Game tersebut juga dikatakan memaparkan lambang salib dan “The star of David”iaitu lambang bagi negara Israel. Ish2….. memang dieorang ni saje je kan…

Kereta Super yang cool! Made in India!

 

NEW DELHI – Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.
Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin.
Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.
Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j).
Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.
Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.
Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam terhadap kereta sport.
“Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada penghasilan prototaip penuh,” katanya.
DC dilihat mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali misalnya Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut menghasilkan kereta edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.
Tempahan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat akan dibuka sebaik sahaja ekspo itu berakhir. Penghantarannya dijadual bermula suku terakhir 2013. – Agensi

Admin rasa kereta warna merah paling atas.. pernah ada dalam filem bollywood....

Pengantin 11 Tahun Lahirkan Anak Pada Hari Perkahwinan~


SOFIA – Seorang kanak-kanak warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova selamat melahirkan seorang bayi perempuan walaupun umurnya baru mencecah 11 tahun.
Zhelyazkova merupakan ibu paling muda di kota Bulgaria ketika dia hamil dua minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke-11.
Ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu ternyata terlalu gembira menerima kelahiran bayi perempuan Zhelyazkova yang diberi nama Violeta seberat 2.6 kilogram.
Apa yang lebih menarik, Zhelyazkova melahirkan Violeta pada hari sepatutnya dia berkahwin dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19.
Selepas lebih dari 24 jam Zhelyazkova selesai melahirkan anaknya, kanak-kanak perempun itu meneruskan upacara perkahwinannya yang tergendala kerana melalui proses kelahiran Violeta.
Sebelum ini, Zhelyazkova mengaku dia seperti kanak-kanak lain yang menjadikan permainan sebagai teman sehariannya menghabiskan masa di rumah.
Tetapi, semuanya sudah berubah apabila dia sedar kini mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk menjaga bayinya yang masih kecil.
“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” kata Zhelyazkova.

Monday, 12 March 2012

hilang pen..

hilang pen - tak boleh buat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - fail SPM
fail SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
... takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
#WARNING# - jangan bagi hilang Pen ! ! =.="

♥ BESTFRIEND TILL JANNAH

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.



Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Kamu janji, tunggu aku ya?

- Artikel iluvislam.com
KakiBlog