Wednesday, 28 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
lawak internet lagi
WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.
FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .
FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !
...
MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !
TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .
GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .
MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .
IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !
MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !
IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !
INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?
FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!
YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !
GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !
MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?
TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
lawak internet
YOUTUBE : aku ade semue bende yg org nk tg0k. .
GOOGLE : aku ade semue bende yg org nk cari. . .
FACEBOOK: aku boley buat org kenal sesame sendiri , chat , mcm2 laa. .
SKYPE : aku bole bagi org call di seluruh dunia
INTERNET : tanpa aku , korg semue tak de taw. .
ELEKTRIK : ko pon same internet , tak de aku , kaw mcm boley hidop. .
PEKERJA ELEKTRIK : korg boleh diam tak ???, kang aku tak betolkan tiang elektrik ni, smue hilang. . bising jer..=)
Tuesday, 20 December 2011
banyak dah..
Dalam
sebuah kereta api, ad 3 org yg duduk bersebelahan..
1. org Malaysia
2. Indonesia
3.Perancis
pada mulanya org perancis sedang minum vine... tanpa menghabiskannya dia terus
campak ke luar.
Melaysia: Kenapa kamu buang vine itu sblum habiskan?
Perancis: vine ini byk di negara kami.
Melaysia: ooo...
Org malaysia mengangkat org indon tersebut lalu dicampak ke luar.
Perancis: kenapa kamu campak dia ke luar?
Malaysia: spesis ni pon byk di negara kami.
lagu cinta muka buku
Cikgu:selamat
berkenalan....
Murid baru:kite Berkenalan hanya dalam laman muka buku....
Cikgu:sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Murid baru:Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwo
Cikgu:aku sakit hati dah ni
Murid baru:hati ku rasa sesuatu
Cikgu:cikgu kan kata dah nak hantar kamu dekat guru besar
Murid baru:dan pabila kau kata kau mau jumpa aku
Cikgu:sudah! tolong diam!
Murid baru:ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju huwoohuwoho
SeDiH..
Bf : Kita
main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Macam ni , esok awak tak payah contact saya . Maksudnya tak paya text call
or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dekat awak okay ? Kita
tgok siapa menang .
Gf : Okay !
... Esoknya , si Gf terpksa lah than rindu dkat Bf . Mengenangkan yang ni satu
permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .
Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dekat
rumah Bf dia . Di luar ruma , ramai orang . Dia mula rasa pelik then terus msok
ke rumah . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad
si Bf yang dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .
Surat yang bertulis :
Sayang , semalam awak dapat hidup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan
seterusnya pasti awak dapat hdup bahagia tanpa saya . Love you ♥
puisi sang cinta
Tuhan
tolong lembutkan hati dia..
Untuk terimaku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
hidup tanpa dia di sisiku...
Tuhan aku tahu banyak dosaku..
Hanya ingatkan mu..
Kaulah dukaku..
Namun hanya kamu yang mampu membuka..
Pintu hatinya tuk cintaku..
Malam..
Kau bawalah rinduku untuk dirinya..
Yang jauh dariku...
Agar dia tidak kesepian..
Slalu rasa ada cinta aku..
Hujan..
Bawa air mataku yang mengalir..
Membasuh lukaku...
Agar dia tahu ku tersiksa..
Tanpa cinta di hatiku..
Hanya mampu berserah..
Moga cahaya tiba nanti..
Untuk terimaku seadanya..
Kerna ku tak sanggup..
Kerna ku tak mampu..
hidup tanpa dia di sisiku...
Tuhan aku tahu banyak dosaku..
Hanya ingatkan mu..
Kaulah dukaku..
Namun hanya kamu yang mampu membuka..
Pintu hatinya tuk cintaku..
Malam..
Kau bawalah rinduku untuk dirinya..
Yang jauh dariku...
Agar dia tidak kesepian..
Slalu rasa ada cinta aku..
Hujan..
Bawa air mataku yang mengalir..
Membasuh lukaku...
Agar dia tahu ku tersiksa..
Tanpa cinta di hatiku..
Hanya mampu berserah..
Moga cahaya tiba nanti..
sebab2 laki2 menipu
Hal ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu. Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya menggunakan pemikiran akal yang waras.
Pilihan- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.
Ego- Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.
Permasalahan hubungan- Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.
Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.
Bosan- Setiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.
Pernah ditipu- Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan.
Perubahan- Ada sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.